Saturday, February 6, 2010

Jaja dan Din

Cerita Jaja dan Din ni sama genre dengan Cerita Kaseh pulak. Not so nice girl, change sebab ada a very nice guy.

Jaja. Hidup dia tak de lah sebebas atau sosial sangat. Cuma dia kurang jaga bab-bab agama. Tinggal solat, tak tutup aurat, colour rambut etc.

Din. Siapakah Din? Jamaludin dalam cerita Limpahan Darah di Sungai Semur kah? Ok, tetiba mengarut. Entah, Jaja pun tak kenal siapa Din. Dia cuma kenal Din melalui satu gambar. Gambar sahaja ok. Tak pernah berjumpa. Dan dia jatuh hati dengan lelaki dalam gambar itu. 

Okay, tak nak cerita banyak-banyak. Sila beli, sangat tak rugi. Percayalah. Dan saya tak dapat komisen apa-apa dari Jemari Seni atau Kak Su sebab cakap macam ni ;)

Perjalanan cerita dia sangat menarik. Jaja berusaha cari Din. Jumpa. Dan bukan senang macam tu je jumpa, bayangkan dengan sekeping gambar je, tanpa tau apa-apa nak cari orang. Maybe Jaja boleh bukak syarikat Private Investigator nanti. Ok, saya merepek lagi. Ignore it. Tapi, Jaja tak de la approach Din macam tu je. Perjalanan cerita oleh Kak Noor Suraya tetap menjaga batas-batas yang sepatutnya. 

Seperti dalam sinopsis buku ini sendiri, akhirnya Jaja minta parents dia tolong dalam hal 'hati dan perasaan' dia. Adakah tidak sia-sia pencarian dia. Macam mana akhirnya kisah Jaja dan Din? Sila baca.

Sangat terharu dengan cara Din mendidik Jaja. Banyak info-info agama yang diselitkan. Siapa-siapa yang dah tertinggal sembahyang, boleh qada' solat dengan mengira berapa jumlah yang telah ditinggalkan. Lepas tu lebihkan sikit jumlah dia, mungkin ada yang terlepas kira. Ok, saya tak arif sangat pasal hal ini. Sila rujuk, ustaz atau ustazah. Dekat internet ni macam-macam forum agama ada. Atau mungkin boleh tonton Tanyalah Ustaz di TV9, dan kemudian telefon untuk bertanya. Orang lain pun boleh dapat ilmu bila anda bertanya. Atau mungkin boleh baca sahaja karya Jaja dan Din ini.

Sedikit spoiler di sini:
Dan yang paling saya tak sangka adalah ending dia. Mula-mula macam nak redha dah pasal Din. Tapi, sangat gembira bila rupanya happy ending juga. Tapi katakanlah, ending dia tak macam tu, mungkin saya tetap akan puas hati dengan ending dia. Sebab Jaja pun dah redha. Dan saya pun dah redha pada saat itu. Pandai betul Kak Noor Suraya main emosi pembaca ye ;)


ps: Curious tak apa ending dia? Sila baca sekarang.  * Ok dah kali keempat promote *


Sunday, January 31, 2010

Cerita Kaseh

Assalamualaikum,


Nir memang pandai buat cerita. And I can see from day to day she is really improving. Sangat suka Cerita Kaseh. Well, its not perfect, but macam saya kata tadi, Nir's story really does improve.

Cerita pasal Kaseh dan Adam. Agak rare jugak nak cerita macam ni, sebab biasanya the guy yang bad, and the girl will be the nice one. Tapi, kali ni terbalik pulak. So, kinda interesting there.

Bila baca cerita ni, sangat kesian dekat Kaseh. Terperangkap dalam dunia dia sendiri. Tak salahkan dia 100% pasal dia kurang ilmu agama since family dia pun tak beri penekanan pasal benda ni dekat dia. Sangat terharu tengok Kaseh sangat care pasal adik dia. 

Adam. Yes, macam yang dia mengaku sendiri. He is not perfect. Tapi, dia cuba yang terbaik. Dia bimbing Kaseh.

Fuh. Nasib baik ayah Kaseh allow Adam kawan dengan Kaseh, tapi kan, macam wonder jugakla, mungkinkah kalau Adam tidak mempunyai latar belakang 'sebaik' itu, adakah ayah Kaseh akan still allow diorang berkawan? Maybe, kalau ayah dia betul-betul nak tolong anak dia.

Well, apa-apa pun, hope sape2 yang baca cerita ni, akan ambil pengajaran yang baik. Tapi, niat tak menghalalkan cara. Benda yang salah tetap salah. Cuba sebaik mungkin untuk tidak melakukan perkara yang dilarang-Nya.

Mungkin kalau ada orang yang terdekat dengan kita ada masalah macam Kaseh, kita boleh bantu dia. It doesn't have to be a guy helping a girl. Apa salahnya perempuan tolong perempuan kan? Lelaki tolonglah yang lelaki. It doesn't have to be a sweet-lovey-dovey love story in helping people to the right path ;)

And you don't have to be perfect either to help people. We improve each other.

=)

ps: tema hari ini adalah 'improve'. sekian :D




Monday, October 26, 2009

Kisah Maharani

Assalamualaikum,


Nak review e-karya lagi.


karya Swit Hanna


Cerita ni takde la panjang sangat, sebab tu boleh curi masa nak baca ;)

Tapi yang paling obvious dengan cerita ini ialah, ia diinspirasikan oleh cerita Korea Princess Hours. Kalau baca tau la, watak-watak pun, gambar cast dalam Princess Hours.

Em, cerita dia agak mendatar pada waktu permulaan, banyak gaduh-gaduh hero dengan heroin je... dan gaduh-gaduh kawan-kawan heroin dengan kawan-kawan hero. Owh, nama heroin dia Maharani (Wany) dan hero dia, Luqman Hafizi.

Tapi, entah macam mana, diorang boleh ada feeling pulak antara satu sama lain. Maybe disebabkan persamaan yang ada dan selalu sangat gaduh sangat kot.

Spoiler

Ada 2 main twist yang boleh saya clearly nampak la. First pasal virtual relationship Wany(Aha) dan Luqman Hafizi (Apiz). Tapi saya rasa part ni tak diolah dengan begitu baik, masih boleh diperbaiki ;)

Secondly, pasal kematian Luqman Hafizi dan kehadiran 'watak baru', Raja Fadly. Em, yang ni quite shocking la, agak bagus, sebab mampu membuat pembaca tertanya-tanya apa akan terjadi seterusnya.

ps: Sorry ye Swit Hanna, banyak komen pulak saya ni ;)

Thursday, October 22, 2009

Terlalu Cinta


Terlalu Cinta


Sebuah karya Azwaney.

Kalau nak baca boleh pergi ke sini.

Emm, cerita dia pasal kehidupan Farah Adhiya. Dari sekolah menengah sampai la dah nak kahwin. Bagi saya ini sebuah cerita kehidupan. Dan itu yang best tu. Bila baca, rasa macam kisah benar, sebab life is not as easy as we fall in love, get married and live happily ever after. In sense of love story la kan. Dan hidup juga bukan berkisar tentang hidup kita sahaja, tapi orang di sekeliling kita.

Start dia, Farah dengan adik dia, Nashriq sangat rapat. Family diorang agak broken la, sebab mak diorang tinggalkan diorang masa kecik. So, diorang tinggal dengan ayah dia. Tapi, hidup diorang happy. But, we are living a life, dan hidup kita tak mungkin selalunya indah dan kekal sama. So, Farah ni tengah tunggu result SPM, sambil tu dia kerja dekat kedai handphone, in which dia jumpa Zulfa, his first love. This is a real big thing dalam hidup dia since dia ni budak nerd.

Later, more konflik terjadi. Their mom datang balik, and Farah buat keputusan yang besar, untuk hidup dengan mak dia.. dengan family baru mak dia.


Lepas tu, hidup dia semakin berubah, dia dah ada best friend, Violet, dan hubungan dia dengan Zulfa pun dah tak sama macam dulu. The worst thing is, Zulfa terpaksa kahwin dengan orang lain atas desakan mak dia.


And then macam-macam berlaku, ramai lelaki hadir dalam hidup dia, Aszahari, Vick Zaquan, Dr. Imran, Arieyal dan 'Encik Ibrahim' (sape2 yang dah baca jangan bagi tau sape En Ibrahim sebenarnya tau ;) rahsiaaa )


At one point, saya rasa hidup Farah sangat tragik, especially apa yang Violet buat dekat dia. Owh, saya juga suka cerita ni sebab Farah bukan lah watak utama yang 100% baik, she has flaws, macam manusia biasa. Dia buat salah, macam semua orang. Sebab biasanya, kalau watak utama dalam drama ke novel ke, dialah yang paling baik kan, orang jahat pulak, jahat yang amat. Tapi dalam cerita ni, Farah belajar dari kesilapan.

Saya suka watak Arieyal, bagi saya watak dia sangat unik.

Watak Zulfa pun ada twist. Daripada seseorang yang kita anggap prince charming untuk Farah, dia jadi seseorang yang paling tak patut muncul dalam hidup Farah. Serius menyampah dengan Zulfa. Tapi, cinta memang boleh buat orang jadi gila kan? That's why la hidup ni kena ingat Tuhan :)

Kesian dekat Vicky Zaquan.

Aszhari? Saya rasa watak dia best jugak, but then, yeah, maybe sampai situ je lah kot dia dengan Farah. How can you fall in love with your best friend's crush kan? Tak adil.


Jujur, baca karya ni ibarat baca n0vel. I mean a real novel. Biasanya kan, cerita online ni, cerita dia sempoi-sempoi, ringan-ringan je, tak sampai tahap 'novel' sangat la.


Tapi, yang saya tak berapa suka sangat, rasa macam ada loghat Kedah dalam style penulisan. Saya tak kisah kalau loghat Kedah tu dalam dialog, since watak utama memang duduk kat Kedah, tapi dalam proses penceritaan tu macam tak best pulak. But, after all, this is a personal comment.


But, overall, memang seronok baca cerita ni. Kadang-kadang funny (part Farah gaduh-gaduh dengan Nashriq, Arieyal etc.), kadang-kadang terkejut (especially pasal problem Nashriq tu), sometimes tak sabar nak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Owh, saya sangat suka twist yang dibuat oleh penulis dalam episod 64, masa Farah cakap 'doktor' tu. Memang mendebarkan la, sebab..., everyone yang dah baca, kita semua tahu Farah sepatutnya dengan siapa kan? ;)


ps: rasanya penulis mesti pandai ni, sebab, yeah, at times, rasa macam baca ensiklopedia, tapi, seronok sebab boleh belajar new things :)